Upacara perkabungan diadakan di tujuh tempat di daerah Binhai bandar Tianjin pagi tadi untuk memperingati mereka yang terkorban dalam insiden letupan dan kebakaran serius yang berlaku di pelabuhan Tianjin pada 12 Ogos lalu.
Upacara dimulakan pada pukul 9.00 pagi, pemimpin kerajaan Tianjin dan wakil-wakil pelbagai kalangan masyarakat seramai lebih 300 orang menghadiri upacara tersebut. Para tetamu memegang bunga kekwa yang berwarna putih dan meletakkannya di depan dinding peringatan.
Serentak dengan itu, pasukan tentera dan polis yang sedang menjalankan operasi menyelamat di lokasi letupan itu menghentikan operasi seketika dan bertafakur untuk mangsa yang terkorban.