Cari:
PBB Seru Hormati dan Lindungi Hak PBB
2015-08-18 15:07:36 CRI Cetak
Jurucakap penolong Setiausaha Agung PBB, Vannina Maestracci menyeru negara anggota PBB agar menghormati dan melindungi hak PBB yang "tidak boleh dicerobohi".

Demikian dinyatakan Maestracci ketika membuat ulasan mengenai terdapat laporan pengintipan terhadap jaringan telekomunikasi ibu pejabat PBB yang dilakukan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS.

Akhbar New York Times mendedahkan pada 15 Ogos lalu syarikat telekomunikasi gergasi terkemuka, AT&T (American Telephone & Telegraph Company) telah memberikan bantuan kepada NSA untuk menjalankan operasi pengintipan rangkaian dan telekomunikasi, termasuk data Internet ibu pejabat PBB di New York.

Maestracci menyatakan bahawa kerajaan AS pernah berjanji untuk tidak melakukan pengintipan terhadap maklumat telekomunikasi PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China