Cari:
Pelbagai Jabatan Kerajaan Pusat China Hulurkan Bantuan kepada Tianjin
2015-08-18 15:42:29 CRI Cetak

Pelbagai jabatan di bawah pentadbiran kerajaan pusat China menyertai operasi menyelamat selepas insiden letupan yang dahsyat berlaku di Tianjin.

Selain lebih 1200 anggota bomba daripada 46 pasukan bomba dan keselamatan awam Tianjin yang berada di lokasi insiden itu, Biro Bomba Kementerian Keselamatan Awam mengerahkan lagi 232 anggota bomba, 16 buah kereta bomba dan dua unit lain dari Cangzhou, Langfang dan Tangshan provinsi Hebei ke Tianjin pada malam 13 Ogos lalu.

Biro tersebut telah menubuhkan 15 pasukan penyelamat untuk mencari dan menyelamat anggota bomba yang hilang dalam insiden letupan tersebut.

Selain itu, pasukan kawalan nuklear, biologi, kimia dan kereta yang dilengkapi kemudahan pengesanan dan pemeriksaan dari provinsi Liaoning, Jiangsu, Hebei dan bandar Beijing juga dikerahkan ke Tianjin untuk menyertai operasi menyelamat.

Suruhanjaya Kesihatan dan Rancangan Keluarga Negara telah menubuhkan kumpulan pakar perubatan untuk menjalankan rawatan kepada mangsa yang cedera parah di empat hospital di Tianjin.

Selain itu, pakar kawalan penyakit peringkat negara dan pihak berkuasa Tianjin telah mengadakan pemeriksaan keselamatan terhadap lima kawasan kediaman sementara penduduk. Pasukan yang terdiri daripada 1320 orang petugas telah dibentuk untuk melancarkan pemeriksaan kesihatan, menjalankan penyahjangkitan di tempat kediaman sementara dan pemantauan kualiti air minuman.

Jabatan pengawalseliaan dan keselamatan, Pentadbiran Lautan Negara dan jabatan perlindungan alam turut meningkatkan tahap pengawasan dan pemantauan terhadap alam sekitar. Setakat pukul 10.00 malam 16 Ogos lalu, tiada air tercemar di lokasi insiden yang mengalir ke dalam laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China