Cari:
Jabatan Maritim China Cegah Air Tercemar Mengalir ke Laut
2015-08-19 15:14:21 CRI Cetak

Pentadbiran Keselamatan Maritim Tianjin sedang menjalankan pemantauan selama 24 jam setiap hari di sekitar kawasan perairan utama di Beigangchi, pelabuhan Tianjin, terutamanya saluran pembetung yang mungkin mengakibatkan air tercemar mengalir ke dalam laut.

Oleh sebab kawasan Binhai Tianjin mengalami hujan pada sebelah pagi semalam, pihak berkuasa tersebut telah melaksanakan pelan tindak balas kecemasan, termasuk memeriksa keadaan kawasan perairan dan memantau aliran air hujan yang mengalir ke dalam laut.

Mereka juga menasihati pemilik kapal dan gudang penyimpanan yang berada di pelabuhan itu agar membuat persiapan bagi menghadapi situasi yang mencemaskan.

Di samping itu, mereka juga bersedia untuk berkongsi maklumat dengan Jabatan Pengawalseliaan dan Keselamatan Tianjin, Biro Perlindungan Alam Tianjin, Pentadbiran Lautan Tianjin dan kerajaan Binhai Tianjin untuk memastikan sebarang tindakan dapat diambil dengan serta-merta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China