Cari:
China Tidak Terima Maklumat tentang Lawatan Abe ke China pada September
2015-08-19 15:25:47 CRI Cetak

Pejabat Kementerian Luar China memberitahu wartawan China Radio International (CRI) hari ini bahawa pihaknya tidak menerima sebarang maklumat tentang kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ke China pada bulan September ini seperti yang dilaporkan media Jepun.

Pejabat itu turut menegaskan bahawa undangan kepada pemimpin negara berkenaan ke China adalah untuk menyertai upacara memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan perang rakyat China menentang pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia pada 3 September ini.

Mainichi Shinbun Jepun semalam melaporkan bahawa Abe berkemungkinan akan mengadakan lawatan ke China pada 3 September ini, namun ketibaannya di Beijing pada petang hari tersebut adalah untuk mengelak daripada menghadiri perbarisan tentera yang bakal diadakan di Dataran Tian'anmen.

Maklumat tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat antarabangsa terhadap rundingan pemimpin China-Jepun, China, Jepun dan Korea Selatan serta Jepun-Rusia. Sehubungan dengan itu, Kementerian Luar Jepun semalam menyatakan bahawa sebarang maklumat yang dilaporkan oleh Mainichi Shinbun tidak benar sama sekali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China