Cari:
Park Geun-hye Akan Lawat China
2015-08-20 14:16:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye, akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 2 hingga 4 September ini. Beliau juga akan menghadiri aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang diadakan di Dataran Tian'anmen, Beijing pada 3 September nanti.

Setiausaha presiden kanan bagi hal ehwal luar negeri Korea Selatan, Ju Chul-ki, hari ini memberitahu pihak media bahawa pemimpin peringkat tinggi kedua-dua negara akan mengadakan pertemuan dalam tempoh lawatan Park Geun-hye ke Beijing kali ini. Namun, sama ada Park Geun-hye akan menghadiri upacara perbarisan tentera atau tidak masih belum dapat dipastikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China