Cari:
IMF Lanjutkan Tempoh SDR hingga September 2016
2015-08-20 14:30:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam menyatakan bahawa Lembaga Eksekutif IMF meluluskan pelanjutan tempoh selama sembilan bulan bakul mata wang Hak Pengeluaran Khas (SDR) sehingga 30 September 2016.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak IMF, keputusan ini bertujuan untuk memastikan operasi SDR dapat dilaksanakan dengan lancar. Tempoh bakul mata wang SDR yang sedia ada dijangka akan tamat pada akhir tahun ini.

IMF menegaskan bahawa langkah ini tidak berkaitan langsung dengan kemasukan RMB ke dalam bakul mata wang SDR. Lembaga Eksekutif IMF akan mengadakan mesyuarat secara rasmi bagi membincangkan kemasukan RMB ke dalam SDR pada November depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China