Pada bulan Januari hingga Julai lalu, pelaburan secara langsung oleh syarikat-syarikat China di 48 buah negara di sepanjang laluan "Satu Jalur, Satu Laluan" mencatat sebanyak USD 8.59 bilion dengan peningkatan 29.5 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. Antara sasaran utama pelaburan tersebut termasuk Singapura, Indonesia, Thailand, Laos, Rusia dan Khazakhstan.
Demikian dimaklumkan Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang, semalam.
Dalam sektor perdagangan luar, jumlah eksport China kepada negara sepanjang laluan tersebut meningkat dengan pesat, antaranya termasuk eksport China di India meningkat 9.8 peratus, manakala Thailand meningkat 16.3 peratus dan Vietnam dengan 12.5 peratus.