Cari:
Pelbagai Langkah Mencegah Bahan Sianida Mengalir ke Laut di Tianjin
2015-08-20 12:40:40 CRI Cetak

Menurut maklumat Pentadbiran Lautan Negara China semalam, selepas letupan dahsyat berlaku di gudang yang menyimpan barang berbahaya di Binhai Tianjin, pihaknya segera mengarahkan pakar-pakar untuk menganalisis dan mengesahkan keadaan persekitaran laut di lokasi insiden tersebut.

Para pakar berpendapat, bahan yang paling berkemungkinan mengancam persekitaran laut ialah bahan kimia beracun, sianida.

Pada beberapa hari yang lalu, Jabatan Pentadbiran Lautan cawangan Beihai dan Pentadbiran Lautan Tianjin telah mengambil sampel air dari kawasan perairan di sekitar pelabuhan Tianjin dan kawasan perairan Laut China Timur untuk dianalisis, selain menjalankan pemantauan kualiti air di kawasan perairan tersebut. Berdasarkan maklumat pemantauan yang dilaporkan pada 18 Ogos lalu, tiada bahan kimia sianida dikesan di kawasan perairan tersebut.

Bagi mencegah bahan kimia sianida mengalir ke dalam laut, Pentadbiran Lautan Negara China telah mengambil tiga langkah, iaitu menambah bilangan penghantaran kapal ke kawasan perairan berkenaan untuk meningkatkan kerja-kerja pemantauan, jangkaan dan ramalan mengenai penyebaran bahan-bahan tercemar di kawasan perairan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan segala maklumat terkini akan dimaklumkan kepada orang awam tepat pada waktunya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China