China akan mengeluarkan duit syiling dan setem peringatan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.
Naib Ketua Biro Mata Wang Bank Rakyat China, Zuo Xiuhui, dalam sidang media semalam menjelaskan sebanyak empat keping duit syiling peringatan akan dikeluarkan kali ini.
Naib Ketua Pengarah Biro Pos Negara China, Zhao Xiaoguang, pula memaklumkan sebanyak 13 keping setem khas dan seset setem lembaran mini khas akan dikeluarkan sempena sambutan ulang tahun tersebut.