Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Jabatan Penerangan, Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun, semalam.
Menurut beliau, Latihan kali ini bertujuan untuk memperkukuh perkongsian strategik antara China dengan Rusia, memantapkan kerjasama dan persahabatan yang pragmatik antara angkatan tentera kedua-dua negara, sekali gus memperhebat keupayaan angkatan tentera kedua-dua negara dalam menangani ancaman keselamatan maritim.
China dan Rusia telah beberapa kali mengadakan siri latihan ketenteraan bersama-sama sejak tahun 2005. Latihan berkenaan telah menjadi aktiviti rutin dalam pertukaran kerjasama angkatan tentera kedua-dua negara. Latihan ketenteraan yang diadakan demi keamanan dan kestabilan serantau itu tidak menyasarkan mana-mana negara lain.