Cari:
Beberapa Syarikat di Pelabuhan Tianjin Beroperasi Semula
2015-08-21 13:01:24 CRI Cetak

Pada hari kelapan selepas berlakunya letupan dan kebakaran yang dahsyat di Pelabuhan Tianjin, beberapa buah syarikat di pelabuhan tersebut didapati memulakan operasi perniagaan seperti biasa.

Naib Pengurus syarikat Terminal Kontena Antarabangsa Lima Benua Tianjin, Zhang Peng, memaklumkan pelbagai kemudahan milik syarikat itu telah dibaiki satu demi satu bermula 13 Ogos lalu, manakala sistem pengangkutan laut juga semakin pulih.

Wartawan turut dimaklumkan bahawa operasi keseluruhan Pelabuhan Tianjin sudah hampir pulih. Setakat ini, sebanyak 27 buah kapal kontena berlabuh di pelabuhan itu. Jumlah kontena yang boleh dimuatkan dan dipunggah di pelabuhan tersebut mencatat 41 ribu buah kontena.

Banyak ikan didapati mati di kawasan perairan Donggu, Sungai Haihe yang berjarak beberapa kilometer dari lokasi insiden itu pukul 4.00 petang semalam. Ketika menyebut tentang hal itu, Ketua Pusat Pemantauan Alam Sekitar Bandar Tianjin, Deng Xiaowen, mengakui persekitaran air di Tianjin tidak begitu memuaskan pada masa ini. Menurut beliau air tercemar yang mengalir ke dalam Sungai Haihe selalu mengakibatkan banyak hidupan laut mati. Keadaan ini juga berlaku di beberapa sungai lain di Tianjin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China