Setakat pukul 3.00 petang semalam, jumlah kematian dalam insiden letupan dan kebakaran yang dahsyat di Tianjin mencatat 114 orang, dan identiti 107 orang daripadanya telah dikenal pasti.
Antaranya termasuklah 19 orang anggota pasukan bomba keselamatan awam, 37 orang anggota bomba Pelabuhan Tianjin, tujuh orang anggota polis dan 44 orang awam. Masih terdapat tujuh orang mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut belum dikenal pasti identitinya.
Selain itu, turut tersenarai dalam 69 orang yang hilang, termasuklah lima anggota pasukan bomba keselamatan awam, 43 orang anggota bomba Pelabuhan Tianjin, empat orang anggota polis dan 17 orang awam.
Manakala, antara 648 orang yang menerima rawatan di hospital, 16 orang berada dalam keadaan kritikal, 37 orang cedera parah dan 142 orang lagi telah sembuh dan pulang ke rumah masing-masing.