Cari:
Kim Jong-Un Arah Tentera Bersedia untuk Berperang
2015-08-21 14:38:48 CRI Cetak

Pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-Un, malam semalam mengarahkan pasukan tentera di barisan hadapan supaya bersiap sedia untuk menghadapi peperangan dengan melengkapkan semua peralatan senjata bermula pada pukul 5.00 petang ini waktu tempatan.

Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), provokasi politik dan ketenteraan yang selalu dilancarkan AS dan Korea Selatan memaksa DPRK menghadapi ancaman perang. Pada 4 Ogos lalu, Korea Selatan memberikan alasan kejadian "letupan periuk api" bagi melancarkan propaganda menggunakan pembesar suara untuk menyebarkan kempen anti-Pyongyang. Sehubungan hal itu, Markas Turus Tentera DPRK telah mengeluarkan kata dua kepada Kementerian Pertahanan Korea Selatan yang menuntut mereka menghentikan tindakan tersebut dalam tempoh 48 jam. Sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, DPRK akan mengambil tindakan ketenteraan.

Sebaliknya, Korea Selatan telah menggunakan kejadian "tembakan DPRK" untuk melancarkan sepuluh tembakan meriam ke arah DPRK pada petang semalam.

Agensi berita Yonhap melaporkan tentera Korea Selatan menyatakan bahawa serangan itu dilakukan selepas Seoul mengesan peluru berpandu yang dipercayai roket milik Korea Utara di kawasan Korea Selatan yang dilancarkan pada kira-kira pukul 3.52 petang semalam. Seoul menuduh Korea Utara bertangunggjawab atas kejadian itu, namun dakwaan itu dinafikan Korea Utara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China