Cari:
Zhijiang, Tempat Bersejarah Perang Anti Jepun
2015-08-21 15:20:16 CRI Cetak

Hari ini yang merupakan ulang tahun ke-70 upacara penyerahan diri pasukan tentera Jepun, hari yang penting dalam sejarah perang antiFasis dunia. Enam hari setelah Jepun mengumumkan penyerahan diri tanpa syarat, Mejar Jeneral Takeo Imai mewakili tentera Jepun ke kaunti Zhijiang, provinsi Hunan untuk menyerahkan peta penempatan pasukan tentera Jepun di China serta menandatangani perjanjian penyerahan diri. Pada 2 September, upacara penyerahan diri tentera Jepun diadakan secara rasmi di kapal perang Missouri AS yang bersinggah di Teluk Tokyo.

Sebagai lokasi pertama antara 16 tempat di China yang menerima penyerahan diri tentera Jepun, kaunti Zhijiang membuka tirai bagi kemenangan perang antiFasis.

Ketua Pengarah Balai Peringatan Penyerahan Diri Tentera Jepun Zhijiang, Wu Jianhong berkata, "Zhijiang mempunyai lapangan terbang yang kedua terbesar di Timur Jauh. Lapangan terbang itu memainkan peranan yang penting dalam perang menentang pencerobohan tentera Jepun. Pada 9 April hingga 7 Jun 1945, pasukan tentera Jepun menceroboh Zhijiang dari tiga arah, tetapi gagal menawan kaunti tersebut. Ini menjadikan Zhijiang tempat yang sesuai untuk menerima penyerahan diri tentera Jepun."

Naib Pengarah Muzium Tinggalan Perang Anti Pencerobohan Tentera Jepun Chongqing,Qian Feng berkata, "China merupakan medan pertempuran utama dalam perang antiFasis di Timur Jauh. Seramai 410 ribu orang askar Jepun maut di China dalam tempoh lapan tahun. China telah mematahkan kemaraan askar Jepun. Jikalau negara ini diduduki oleh pasukan tentera Jepun dan dijadikan pangkalan mereka, Perang Pasifik pasti berlarutan lebih lama."

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Zhijiang telah menjalin hubungan bandar bersahabat dengan pelbagai bandar di AS dan Perancis. Wu Jianhong berkata, "Yang diperjuangkan dalam perang anti penceroboh Jepun adalah kedamaian. Perjuangan tentera dan rakyat China yang bermatian-matian itulah yang membolehkan kita mengecapi kedamaian sekarang. Hasrat dan semangat mencintai kedamaian ini bukan hanya milik penduduk Zhijiang, tetapi seluruh umat manusia."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China