Kes tembakan berlaku dalam bangunan Kerajaan Persekutuan New York A.S. pada pukul 5 petang semalam waktu tempatan. Suspek itu membunuh diri selepas menembak mati seorang penjaga keselamatan. Motif pembunuhan tersebut masih dalam siasatan.
Pegawai pihak polis bandar New York, James O'Neill berpendapat bahawa kes ini nampaknya tidak berkaitan dengan serangan keganasan, dan pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Negara A.S. dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk mengenalpasti motif suspek tersebut.