Cari:
Orang Kedua Pemimpin IS Ditembak Mati
2015-08-22 15:10:11 CRI Cetak

Menurut Jawatankuasa Keselamatan Negara A.S. semalam, orang kedua pemimpin kumpulan pengganas Negara Islam(IS), Fadhil Ahmad Al Hayali telah terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera A.S. pada 18 Ogos lalu. Pada hari yang sama, Kementerian Pertahanan A.S. pula memaklumkan bahawa IS mungkin telah menggunakan senjata kimia dalam pertempuran dengan pasukan bersenjata Kurd Iraq pada awal bulan ini.

Fadhil Ahmad Al Hayali bertanggungjawab terhadap kegiatan IS dalam Iraq. Dia dipercayai terlibat dalam merancang dan melaksanakan beberapa serangan termasuk serangan terhadap Mosul, bandar kedua terbesar di Iraq. Selain itu, dia juga merupakan penyelaras utama IS dalam pengangkutan senjata, bahan letupan, kenderaan dan anggota bersenjata antara Syria dengan Iraq.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China