Cari:
Ban Ki-Moon Seru Pelbagai Pihak Semenanjung Korea Mengawal Keadaan Masing-masing
2015-08-22 15:28:38 CRI Cetak

Naib Wakil Republik Rakyat Demokratik Korea(DPRK) di PBB, An Myong-hun dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PBB di New York mendakwa bahawa ketegangan situasi di Semenanjung Korea kini tercetus akibat provokasi pihak Korea Selatan. Beliau mengutuk Korea Selatan dan A.S. mengheret Semenanjung Korea ke kancah peperangan. Pada hari yang sama, Setiausaha Agong PBB, Ban Ki-moon pula menyeru pelbagai pihak berkenaan bersikap sabar dan menahan diri.

An Myong-hun berkata, Korea Selatan mengada-adakan kejadian askar Korea Selatan tercedera dalam letupan periuk api yang ditanam oleh DPRK. Sementara itu, beliau menafikan DPRK melancarkan tembakan meriam ke arah Korea Selatan. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa sekiranya Korea Selatan tidak menghentikan proproganda serangan psikologi terhadap DPRK menjelang pukul 5 petang hari ini, pihaknya akan membalas dengan tindakan ketenteraan yang tegas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China menaruh perhatian tinggi terhadap situasi Semenanjung Korea dan menentang sebarang tindakan yang mencetuskan ketegangan.

Penolong Setiausaha Pertahanan A.S. bagi hal ehwal keselamatan Asia Pasifik, David Shear pula menyatakan bahawa A.S. melahirkan kebimbangan terhadap tindakan "provokasi" DPRK dan menyeru DPRK menahan diri untuk mengelakkan ketegangan situasi menjadi lebih teruk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China