Cari:
Kerja Bersihkan Kawasan Pusat Letupan Tianjin Bermula
2015-08-22 15:13:04 CRI Cetak

Menurut maklumat terkini, setakat semalam, jumlah kematian akibat insiden letupan dan kebakaran yang dahsyat di Binhai Tianjin meningkat kepada 116 orang.

Naib Datuk Bandar Tianjin, Wang Hongjiang memaklumkan semalam bahawa para penyelamat bermula membersihkan dan mengumpulkan barang kimia yang berbahaya di kawasan pusat letupan itu. Setakat ini, sebanyak 200 tan bahan kimia sianida telah dikumpulkan dan dipindahkan ke tempat yang selamat.

Ketika membicarakan laporan mengenai banyak ikan didapati mati di kawasan perairan Donggu, Sungai Haihe pada 20 Ogos lalu, Ketua Pusat Pemantauan Alam Sekitar Bandar Tianjin, Deng Xiaowen memaklumkan bahawa punca kematian ikan telah dikenalpasti, iaitu kekurangan oksigen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China