Cari:
Tiga Cedera dalam Kes Tembak dalam Kereta Api Amsterdam-Paris
2015-08-22 16:01:43 CRI Cetak

Menurut media Perancis semalam, kes tembakan yang berlaku dalam kereta api berkelajuan tinggi dari Amsterdam ke Paris telah mengakibatkan tiga orang cedera, antaranya dua orang cedera parah. Jabatan Presiden Perancis mengeluarkan taklimat malam semalam yang menyatakan Perancis dan Belgium akan bekerjasma untuk menyiasat kes itu.

Menurut media Perancis, dua orang yang cedera parah itu adalah seorang warga Britian dan seorang warga AS, dan seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan berkenaan, suspek yang berumur 26 tahun melepaskan tembakan dalam gerabak, kemudian ditundukkan oleh dua orang askar AS sebagai penumpang dalam gerabak itu.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Perancis menyatakan bahawa indentiti dan motif suspek itu masih belum dikenalpasti, jadi kes ini masih tidak boleh diiktiraf sebagai serangan keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China