Cari:
Kejohanan Olahraga Dunia Dirasmikan di Beijing Semalam
2015-08-23 14:49:53 CRI Cetak

Kejohanan Olahraga Dunia 2015 telah dirasmikan di "Sarang Burung", stadium negara di Beijing pada pukul 5 petang semalam.

Upacara perasmian yang bertemakan "Terbang Bersama Impian" itu telah dihadiri oleh Presiden China, Xi Jinping, Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong, bekas Presiden Persekutuan Olahraga Antarabangsa, Lamine Diack dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Temasya Sukan yang juga Datuk Bandar Beijing, Wang Anshun serta Ketua Jabatan Pentadbiran Am Sukan Nasional China, Liu Peng.

Seramai 1,931 orang atlet dari 207 buah negara dan kawasan telah menyertai temasya sukan kali ini. Angka tersebut telah mencatat rekod baharu dalam sejarah Kejohanan Olahraga Dunia. Seramai 69 orang atlet China akan bertanding dalam 34 acara bagi 47 jenis sukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China