Cari:
Ban Ki-Moon Alu-alukan Dialog Peringkat Tinggi Korea Selatan-DPRK
2015-08-23 15:13:13 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon semalam menyatakan alu-aluan terhadap dialog peringkat tinggi yang diadakan antara Korea Selatan dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Menurut kenyataan tersebut, Ban Ki-moon menggalakkan kedua-dua pihak mengambil peluang dialog tersebut untuk meredakan ketegangan situasi bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea. Beliau menyeru Korea Selatan dan DPRK terus berusaha untuk menyelesaikan perselisihan dan mengelakkan sebarang tindakan yang tidak bermanfaat bagi dialog tersebut.

Dimaklumkan dialog peringkat tinggi Korea Selatan-DPRK telah bermula pada 18.30 petang 22 Ogos hingga 4.15 pagi 23 Ogos di Panmunjon di kawasan sempadan kedua-dua pihak. Dialog tersebut dijangka diteruskan pada petang hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China