Cari:
PM Rusia: Isu Kepulauan Kurils Tidak Sepatutnya Dikaitkan dengan Hubungan Rusia-Jepun
2015-08-23 15:16:07 CRI Cetak

Perdana Menteri Rusia, Alexander Medvedev semalam telah mengadakan tinjauan ke Pulau Etorofu di Kepulauan Kurils Selatan, wilayah yang dipertikaikan antara Rusia dengan Jepun. Kerajaan Jepun turut mengeluarkan bantahan terhadap tindakan Rusia tersebut. Namun, Kementerian Luar Rusia menegaskan bahawa Kepulauan Kurils Selatan merupakan wilayah Rusia yang tidak boleh dipertikaikan.

Pada hari yang sama, Kementerian Luar Rusia mengeluarkan kenyataan dalam laman webnya bahawa reaksi Jepun itu telah membuktikan pihak berkuasa Jepun masih bercanggah pendapat terhadap hasil Perang Dunia Kedua. Menurut kenyataan tersebut, beberapa puluh juta nyawa telah diragut dalam Perang Dunia Kedua. Pendirian Jepun ini menimbulkan kecurigaan orang ramai terhadap komitmen Jepun untuk menghormati sejarah.

Ini merupakan kali ketiga bagi Medvedev sebagai pemimpin negara Rusia mengadakan tinjauan di Kepulauan Kurils Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China