Cari:
Pakistan Batalkan Dialog Keselamatan dengan India
2015-08-23 16:04:25 CRI Cetak

Kementerian Luar Pakistan semalam mengumumkan untuk membatalkan dialog keselamatan peringkat penasihat negara Pakistan-India.

Menurut kenyataan Pakistan, dialog keselamatan kedua-dua pihak tidak membawa sebarang makna jika dijalankan berdasarkan syarat yang dikemukakan oleh Menteri Luar India. Sehubungan dengan itu, Pakistan menolak dialog dengan "prasyarat".

Menteri Luar India, Sushma Swaraj pernah menyatakan sebelum ini bahawa pihaknya berharap penasihat Pakistan tidak bertemu dengan pemimpin kawasan Kashmir dalam tempoh lawatannya di India. Selain itu, topik dialog keselamatan diharapkan hanya melibatkan isu keganasan, dan tidak meliputi masalah Kashmir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China