Cari:
Raptai Perhimpuan Peringati Ulang Tahun ke-70 Kemenentang Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing
2015-08-23 15:12:10 CRI Cetak

Demi memastikan perhimpunan memperingati Ulang Tahun ke-70 Kemenentang Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia diadakan dengan lancar pada 3 September, raptai perhimpunan yang melibatkan pelbagai kerja telah diadakan di medan Tian'anmen dan kawasan sepanjang jalan Chang'an Beijing bermula malam semalam hingga pagi tadi.

Menurut maklumat berkenaan, semua pihak yang akan menghadiri perhimpunan pada 3 September nanti menyertai raptai kali ini, termasuk wakil veteran angkatan tentera yang pernah menyertai Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun, anak-anak kepada pahlawan yang terkorban dalam perang itu dan tokoh teladan rakyat. Seramai lebih 10 ribu anggota tentera China, lebih 500 kelengkapan tentera, hampir 200 buah pesawat serta pasukan tentera dari lebih 10 negara lain juga menyertai raptai kali ini.

Latihan tersebut disaksikan oleh lebih 35 ribu orang dari pelbagai kalangan masyarakat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China