Cari:
Tanah Besar China Bantah Ucapan Lee Teng-hui yang Mutarbelitkan Fakta Sejarah
2015-08-23 16:03:27 CRI Cetak

Pejabat Kerja Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China mengeluarkan ucapan untuk membantah kenyataan Lee Teng-hui yang memutarbelitkan fakta sejarah.

Baru-baru ini, Lee Teng-hui menulis artikel untuk media Jepun yang menafikan fakta sejarah mengenai penduduk Taiwan pernah menentang pencerobohan dan penjajahan Jepun. Dia berkata Taiwan dan Jepun tergolong dalam sebuah negara serta isu mengenai wanita dipaksa menjadi hamba seks tentera Jepun dalam Perang Dunai Kedua telah diselesaikan. Dia juga menfitnah "Konsensus 1992" yang dicapai antara Tanah Besar dengan Taiwan untuk mengekalkan prinsip satu China adalah diada-adakan. Kenyataan yang tidak berasas Lee Teng-hui itu bukan sahaja memutarbelitkan fakta sejarah, malah juga menghapuskan sumbangan yang penting penduduk Taiwan terhadap kemenangan perang rakyat China menentang pencerobohan dan penjajahan Jepun. Tindakan Lee Teng-hui cuba membela penjenayah militaris Jepun ini telah membuktikan pandangan sejarah Lee Teng-hui yang salah, niatnya untuk mewujudkan kemerdekaan Taiwan dan menjejaskan perkembangan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan. Tindakan Lee Deng-hui itu telah menimbulkan kemarahan yang kuat rakyat Tanah Besar dan Taiwan.

Rakyat Tanah Besar dan Taiwan dipercayai tidak akan lupa kesengsaraan yang didatangkan oleh penceroboh Jepun, menghargai perkembangan secara damai hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan dan berusaha bersama-sama membangunkan bangsa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China