Cari:
Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN
2015-08-24 12:41:41 CRI Cetak

Siri Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN kali ke-47 dirasmikan di Kuala Lumpur pada 22 Ogos yang lalu. Mesyuarat kali ini membincangkan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) serta rancangan yang berkaitan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Sri Mustafa Mohamed ketika merasmikan mesyuarat kali ini berkata, walaupun terdapat pelbagai cabaran akibat perubahan situasi ekonomi antarabangsa baru-baru ini, namun ASEAN akan terus memperkasakan proses integrasi ekonomi bagi mengurangkan jurang perbezaan pembangunan antara pelbagai negara anggota.

Komuniti Ekonomi ASEAN yang dijangka selesai penubuhannya pada penghujung tahun ini akan menjadi batu tanda dan titik tolak baharu bagi ASEAN. Mesyuarat kali ini berlangsung selama empat hari.

Mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan seperti Sidang Menteri Luar China-ASEAN (10+1), Sidang Menteri Luar ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) turut diadakan dalam tempoh tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China