Semalam merupakan hari ke-12 berlakunya letupan dahsyat di Pelabuhan Tianjin. Timbalan Pengarah Jabatan Kecemasan Jawatankuasa Kesihatan dan Perancangan Keluarga, Zhang Guoxin, dalam sidang media kali ke-14 memaklumkan, lebih 80 orang doktor pakar dari seluruh negara dan lebih 180 orang doktor dari bandar Tianjin menjalankan rawatan kepada mangsa yang cedera.
Pada masa ini, kebanyakan mangsa yang cedera parah berjaya diselamatkan. Sementara itu, perkhidmatan kaunseling pun disediakan.
Pengarah Pusat Pemantauan Alam Sekitar Tianjin, Deng Xiaowen berkata, pihaknya tidak mengesan data-data yang menunjukkan wujudnya pencemaran alam sekitar.
Setakat pukul 3.00 petang semalam, jumlah kematian akibat tragedi kali ini mencatat 123 orang, manakala 50 orang lagi dilaporkan masih hilang.