Cari:
Persepakatan Semenanjung Korea Disambut Baik PBB
2015-08-25 14:14:36 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan semalam berkata, beliau menyambut baik persepakatan yang dicapai oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Korea Selatan pada rundingan peringkat tinggi yang baru berakhir lewat malam tadi.

Ban Ki-moon memuji konsensus kedua-dua negara itu berhubung dengan mesyuarat berkala, sekali gus menyatakan harapan agar mesyuarat tersebut dapat dijadikan mekanisme yang dapat membantu menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul di Semenanjung Korea.

Beliau juga menekankan pentingnya persepakatan yang dicapai itu demi keamanan dan kesejahteraan semenanjung berkenaan. 

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China