Cari:
Rundingan DPRK, Korea Selatan Berhasil
2015-08-25 14:15:33 CRI Cetak

Rundingan peringkat tinggi antara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dengan Korea Selatan yang berlarutan selama lebih 40 jam di daerah Panmunjon, kawasan sempadan kedua-dua negara, berakhir dengan tercapainya konsensus tentang beberapa perkara yang menjadi perhatian bersama, lewat malam tadi.

Dilaporkan, Seoul dan Pyongyang sebulat suara bersetuju untuk mengadakan dengan seawal mungkin rundingan antara kerajaan demi membaiki hubungan kedua-dua pihak, menganjurkan majlis pertemuan semula anggota keluarga dan saudara-mara yang terpisah di bahagian Utara dan Selatan pada Pesta Kuih Bulan tahun nanti dan melancarkan program pertukaran pelbagai bidang dalam kalangan rakyat, dan lain-lain.   

Selain itu, Korea Selatan akan menghentikan propaganda terhadap DPRK yang disiarkan melalui pembesar suara di kawasan sempadan bermula pada pukul 12.00 tengah hari ini. Manakala, DPRK bakal membatalkan status perang.

Rundingan yang dimulakan sejak Sabtu lepas itu membantu menamatkan konfrontasi kedua-dua negara yang berisiko bertukar menjadi konflik bersenjata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China