Cari:
Ban Ki-moon Bakal Saksikan Perbarisan Tentera Beijing
2015-08-25 14:21:50 CRI Cetak

Perbarisan tentera yang bakal diadakan di Dataran Tian'anmen, Beijing pada 3 September depan, iaitu komponen penting daripada aktiviti meraikan ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun serta Perang Anti-Fasis Dunia akan diserikan dengan kehadiran Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Timbalan Setiausaha Agung PBB, Jan Eliasson, menyampaikan berita itu kepada khalayak ramai di New York, ibu pejabat PBB semalam.

Beliau berkata, 3 September merupakan tarikh yang sangat penting. Kehadiran Ban Ki-moon akan memperlihatkan kesungguhan untuk mewujudkan ketenteraman dan kesejahteraan dunia berdasarkan Piagam PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China