Cari:
Lawatan Xi ke AS Dinanti-nantikan
2015-08-26 14:32:37 CRI Cetak

Washington dan Beijing akan berusaha memastikan lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke Amerika Syarikat (AS) pada bulan depan berjaya direalisasikan.

Jurucakap Dewan Negara AS, John Kirby semalam berkata, Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar China, Wang Yi telah membincangkan isu lawatan berkenaan di Kuala Lumpur, Malaysia awal bulan ini. AS menanti-nantikan lawatan Presiden Xi kali ini kerana lawatan tersebut sangat penting bagi hubungan kedua-dua negara. Oleh hal yang demikian, pihak-pihak terbabit akan berusaha memastikan kejayaan lawatan tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang memaklumkan, Penasihat Keselamatan Negara AS, Susan Rice, akan melawat ke China pada 28 hingga 29 Ogos ini bagi membuat persiapan sempena lawatan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China