Tindakan Rusia menawarkan sistem pertahanan udara S-300 kepada Iran membimbangkan Amerika Syarikat (AS) kerana Pentagon menyifatkan penawaran tersebut sebagai "trend perkembangan negatif".
Jurucakap Pentagon, Peter Cook semalam dalam sidang media berkata, Washington sentiasa mengambil berat tentang keselamatan sekutunya di kawasan Asia Barat. Tindakan Moscow menawarkan model sistem pertahanan udaranya yang canggih kepada Tehran amat membimbangkan. Namun begitu, tentera AS berkeyakinan dan berkemampuan untuk memberikan tindak balas secara ketenteraan sejurus Iran menerima sistem pertahanan berkenaan.
Dilaporkan, perjanjian sistem pertahanan udara S-300 Rusia kepada Iran akan ditandatangani secara rasmi minggu depan.