Pameran Arkib Ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Anti-Fasis China-Rusia anjuran bersama Jabatan Arkib Negara China dan Jabatan Arkib Rusia dirasmikan di Beijing semalam.
Pameran itu terdiri daripada tujuh bahagian yang melibatkan perang antipenceroboh Jepun di China, sokongan moral Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) kepada China, bantuan senjata USSR kepada China, penghantaran penasihat ketenteraan USSR kepada China, China menyediakan bantuan risikan kepada USSR, warga China menyertai Perang Anti-Nazi Jerman di USSR, dan lain-lain.