Jabatan Penerangan Dewan Negara semalam mengadakan sidang media ke-6 mengenai persiapan sempena upacara memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun serta Perang Anti-Fasis Dunia.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Pemimpin Perbarisan Tentera, Qu Rui memaklumkan, setakat ini, terdapat 16 negara akan menghadiri perbarisan tentera, manakala 11 negara lagi akan menghantar tentera untuk menyertai perbarisan tersebut. Secara keseluruhannya, sebanyak 31 negara antaranya termasuklah Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam akan menyaksikan perbarisan tersebut.