Cari:
Obama Minta Maaf kepada Abe
2015-08-27 14:05:18 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama, menghubungi Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, Selasa lalu, untuk memberikan penjelasan berhubung dengan isu pengintipan oleh AS terhadap ahli-ahli politik negara di Asia Timur itu yang didedahkan laman web WikiLeaks.

Rumah Putih dalam kenyataan semalam berkata, pengumpulan maklumat risikan adalah untuk memelihara keselamatan negara. Namun, Obama tidak berjanji kepada Abe bahawa akan menghentikan pengintipan tersebut.

Dalam pada itu, beberapa media Jepun yang memetik sumber pegawai kerajaan sebagai berkata, Obama digesa meminta maaf kepada Abe kerana Tokyo meluahkan kebimbangan yang serius tentang isu berkenaan. Dakwaan pengintipan tersebut berisiko mengeruhkan hubungan antara dua sekutu.

Pada bulan lalu, WikiLeaks melaporkan pihaknya memintas maklumat yang mendedahkan bahawa Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS mengintip pegawai kerajaan dan beberapa syarikat utama di Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China