Cari:
Suspek Tembak Diri Sendiri Selepas Bunuh Dua Wartawan
2015-08-27 14:08:52 CRI Cetak

Polis Virginia, AS menyatakan, lelaki yang disyaki membunuh dua orang wartawan televisyen semasa mereka bersiaran langsung, dilaporkan sudah mati selepas membunuh dirinya sendiri.

Lelaki itu dikenali sebagai Vester Lee Flanagan, 41 tahun, seorang mantan pemberita di stesen televisyen berkenaan.

Dia menembak mati wartawan Alison Parker, 24, dan jurugambar Adam Ward, 27, semasa mereka menemubual Pengarah Dewan Perdagangan Smith Mountain Lake, Vicki Gardner untuk rancangan be­rita pagi saluran WDBJ-TV di Moneta, Virginia pagi semalam.

Suspek tersebut turut memuat naik rakaman mengerikan itu ke akaun Twitternya sebelum menembak diri sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China