Cari:
Singapura Peringati Hari Kemenangan
2015-08-28 12:34:04 CRI Cetak

Singapura mengadakan sambutan peringati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia di Galeri Seni Negara semalam.

Galeri itu merupakan lokasi diadakan upacara menyerah kalah pasukan tentera Jepun pada 12 September 1945.

Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, Lawrence Wong Shyun Tsai, menegaskan betapa pentingnya keamanan dan kestabilan bagi sesebuah negara.

Menurut beliau, pencerobohan tentera Jepun menjadikan rakyat Singapura lebih bersatu padu. Generasi baharu rakyat negara itu tidak akan dibenarkan lagi untuk mengalami penderitaan dan penganiayaan seumpama itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China