Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengkritik hebat dakwaan Kementerian Luar Jepun bahawa kehadiran beliau pada aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun di Beijing, bulan depan, sebagai satu keputusan yang terburu-buru, sekali gus meminta beliau supaya berpendirian berkecuali dalam isu politik.
Ban Ki-moon di New York semalam berkata, bersempena dengan sambutan hari yang amat bersejarah ini, adalah mustahak kita semua mengenang kembali sejarah dan mengambil iktibar daripada apa yang kita lalui, untuk terus maju ke hadapan. Inilah sebab beliau menerima undangan berkunjung ke China.
Beliau menyanjung tinggi keupayaan China menerajui dunia dalam menghadapi cabaran global, antara lain mewujudkan matlamat pembangunan lestari dan menangani perubahan iklim, selain menyampaikan ucapan terima kasih atas sumbangan China kepada PBB.