Cari:
EU Bertindak Jamin Keselamatan Laluan Keretapi Antarabangsa
2015-08-30 14:42:13 CRI Cetak

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve semalam memanggil menteri dalam negeri dan menteri pengangkutan dari lapan buah negara Kesatuan Eropah (EU), antaranya Jerman, Britain, Belgium, Sepanyol, Itali, Belanda, Luxembourg dan Switzerland, untuk bermesyuarat secara tertutup bagi membincangkan isu meningkatkan tahap keselamatan sepanjang perjalanan di laluan kereta api rentas sempadan, berikutan serangan penembakan di kereta api laju dari Amsterdam ke Paris yang berlaku seminggu lalu.

Dilaporkan, kesembilan negara tersebut mengeluarkan kenyataan bersama berhubung tindakan meningkatkan keselamatan laluan kereta api berkenaan, sekali gus merayu kepada EU supaya melakukan pembaharuan terhadap penggunaan senjata api.

Antara langkah-langkah tersebut adalah memperkenalkan secara berperingkat peraturan baharu di laluan jarak jauh rentas sempadan, iaitu mengharuskan nama yang tertera pada tiket sama dengan ID penumpang, mengintensifkan kerjasama pihak polis pelbagai negara dalam operasi rondaan, pemeriksaan keselamatan di stesen keretapi, gerabak serta bagasi penumpang, berkongsi maklumat risikan antara negara-negara Schengen, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China