Cari:
Iran Ambil Berat Hubungan dengan China
2015-08-30 14:45:27 CRI Cetak

Presiden Iran, Hassan Rouhani menyatakan bahawa negara itu akan mengusahakan hubungan bilateral yang lebih erat dan produktif dengan China.

Beliau dalam sidang media semalam berkata, China tetap rakan utama dalam proses pembangunan Iran seketika era pasca program nuklear ini.

Ketika mengenang kembali lawatan ke China pada Mei tahun lepas, Rouhani menyatakan, Tehran dan Beijing mengekalkan hubungan kerjasama yang amat baik. Prospek hubungan bilateral kedua-dua negara kelihatan positif.

Presiden itu menambah, dengan tercapainya Perjanjian Muktamad mengenai program nuklear Tehran, "Iran-fobia " tidak akan berlangsung lama kerana akan hilang sendiri dalam situasi keseluruhan yang damai.

Beliau menganggap, perubahan positif akan disaksikan pada beberapa bulan akan datang sejurus prosedur terakhir pelaksanaan perjanjian muktamad itu diselesaikan serta sekatan ekonomi oleh Barat dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China