Cari:
Kenangi Sejarah, Hargai Kedamaian
2015-08-31 15:53:42 CRI Cetak

2 September ini merupakan ulang tahun ke-70 Jepun menandatangani surat menyerah kalah dalam Perang Dunia II (WWII), serta ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

China, Asia Tenggara dan tempat-tempat lain mengalami kesengsaraan yang teruk ekoran pencerobohan tentera Jepun semasa WWII.

Serangan Jepun pada 18 September 1931, yang dikenali sebagai "Peristiwa 9.18", menandakan bermulanya pencerobohan Jepun di China. Serangan yang dilancarkan rakyat China untuk menentang pencerobohan Jepun itu membuka tirai Perang Anti-Fasis Dunia, sekali gus menjadikan negara ini medan perang utama di Timur.

Untuk memberi sokongan kepada operasi tentera Berikat bagi menumpaskan Fasis, China dua kali mengerahkan tentera ekspedisi ke Myanmar untuk memerangi tentera Jepun. Sementera itu, angkatan udara China yang berkhidmat dalam briged khusus gabungan China dan AS, bertempur dengan tentera Jepun di negara-negara Asia, termasuk India, Myanmar, Thailand dan Laos.

Penyelidik dari Akademi Sains Ketenteraan (AMS) Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, He Xincheng telah menghuraikan pentingnya sumbangan dan pengorbanan rakyat China dalam perang berkenaan. Kata beliau, "Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun menjadi contoh kepada Asia Tenggara, malah mendirikan panji-panji yang membangkitkan semangat perjuangan negara-negara terlibat untuk menentang pencerobohan Jepun."

Perjuangan rakyat China itu juga mendapat sokongan meluas daripada masyarakat antarabangsa, bukan sahaja kuasa-kuasa besar seperti Kesatuan Soviet, AS dan Britain, tetapi juga negara-negara seperti Malaya, Indonesia, Vietnam, Laos, Kemboja, India, Myanmar dan Thailand.

Ketika mengulas tentang aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun yang dijadualkan pada 3 September ini di Beijing, pakar isu Asia Tenggara dari Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China (CICIR), Zhang Xuegang menyatakan bahawa "Aktiviti ini diadakan bukan untuk menghasut rasa dendam, tetapi untuk memperingati mangsa perang, termasuk rakyat Jepun yang tidak berdosa, serta mengenangi sejarah, menyemarakkan semangat mencintai kedamaian dan mempertahankan kedamaian yang diperjuangkan dahulu."

Tambah beliau, hingga kini, Asia Tenggara tetap merupakan tulang belakang bagi mempertahankan kedamaian dunia. China dan Asia Tenggara sehaluan dalam usaha mewujudkan pembangunan secara damai, dan juga rakan kongsi yang penting untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China