Cari:
Kejadian Tembak Mati di Sweden
2015-08-31 13:09:42 CRI Cetak
Kejadian tembakan berlaku di kawasan barat Stockholm, ibu negara Sweden, mengakibatkan seorang maut, manakala tiga lagi cedera, antaranya seorang cedera parah.

Menurut Agensi Berita Sweden, seorang lelaki yang berumur kira-kira 40 tahun telah maut dalam kejadian tersebut akibat ditikam di bahagian perut dan kaki oleh seorang lelaki dengan menggunakan pisau.

Sejurus kemudian, seorang lelaki lain melepaskan tembakan ke arah mangsa tersebut. Orang ramai yang berada di tempat kejadian segera melarikan diri kerana ketakutan. Selain itu, tiga orang lagi mengalami kecederaan.

Menurut pihak polis tempatan, tiga orang suspek telah ditahan. Kejadian ini dianggap "perselisihan keluarga". Mangsa merupakan sanak saudara suspek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China