Pesta Pelancongan dan Kebudayaan Turkana 2015 bermula di daerah Turkana, barat laut Kenya, Jumaat lalu, yang menyaksikan penyertaan 15 ribu orang dari Kenya, Uganda, Habsyah dan Sudan Selatan.
Kira-kira 70% penduduk Turkana masih meneruskan gaya hidup penggembala yang tradisional, dengan pakaian berwarna-warni, gaya rambut yang unik, barang kemas, lagu dan kraf istimewa.