Cari:
Yemen Buat Persiapan Rebut Kembali Negara
2015-09-01 14:53:35 CRI Cetak

Menurut laporan media Arab Saudi, kerajaan Yemen yang dalam buangan di Arab Saudi, telah mengadakan mesyuarat kabinet di Riyadh untuk membuat persiapan bagi merebut kembali wilayahnya yang kini diduduki oleh kumpulan militan Huthi.

Timbalan Presiden merangkap Perdana Menteri Yemen, Khaled Mahafoudh Bahah telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut memutuskan untuk menubuhkan suruhanjaya pembangunan semula tertinggi negara bagi memulihkan semula keselamatan dan tatatertib selepas perang, membaiki infrastruktur dan kemudahan perkhidmatan awam yang rosak dalam perang serta menetapkan rancangan pembangunan sosioekonomi.

Militan Huthi menduduki Sana'a pada bulan September tahun lalu. Beberapa negara termasuk Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap militan Huthi pada bulan Mac lalu.

Kini, tentera kerajaan dan kumpulan bersenjata puak yang menyokong Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi dengan sokongan pasukan tentera udara beberapa negara yang diketuai Arab Saudi, telah berjaya merebut kembali beberapa tempat di selatan Yemen.

Selain itu, tentera darat Arab Saudi telah mengepung Sana'a dari sebelah utara. Pertempuran untuk merebut kembali Sana'a akan dilancarkan tidak lama lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China