Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping ditemui wakil pelbagai kalangan Taiwan yang akan menghadiri upacara memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing pada 3 September nanti.
Xi dalam pertemuan itu menyatakan bahawa kemenangan perang rakyat China menentang pencerobohan Jepun adalah kemenangan pertama rakyat China dalam sejarah menentang penceroboh luar pada zaman moden ini dan merupakan hasil perjuangan seluruh bangsa China termasuk saudara setanah air Taiwan.
Rakyat di Tanah Besar dan Taiwan perlu memperingati sejarah, mengenang mereka yang mengorbankan nyawa, bersatu padu dan memelihara kemenangan, serta sama-sama berusaha menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua pihak, demi kebangkitan semula bangsa China.
Pengerusi Kehormat Parti Kuomintang, Lien Chan menyatakan bahawa rakyat di Taiwan dan Tanah Besar merupakan bangsa China. Kita perlu sama-sama memperingati kemenangan perang menentang pencerobohan Jepun untuk mengenang sejarah perjuangan bangsa China dan hasrat mewujudkan keamanan dunia.
Kita akan memperkukuh asas kepercayaan politik yang mengekalkan "persepakatan 1992" dan penentangan kemerdekaan Taiwan, terus merapatkan kerjasama saling menguntungkan dan menjadikan lebih ramai penduduk Taiwan memberikan sumbangan demi perkembangan hubungan kedua-dua pihak.