Cari:
Jamuan Sambutan Ulang Tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun di Tokyo
2015-09-01 15:29:59 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Jepun mengadakan majlis jamuan memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia semalam.

Duta Besar China ke Jepun, Cheng Yonghua ketika berucap pada majlis itu berharap agar semua pihak akan mengambil iktibar daripada sejarah, menyemarakkan semangat cinta akan kedamaian dan mempertahankan keamanan yang telah diperjuangkan dahulu.

Cheng berkata, hampir dua billion rakyat di 80 buah negara dan kawasan di dunia telah terlibat dalam peperangan semasa Perang Dunia II.

Tambah beliau lagi, perang pencerobohan yang dilancarkan oleh Jepun telah membawa kesengsaraan teruk kepada rakyat jelata negara-negara Asia, termasuk China.

Menangani isu sejarah dengan betul dan jelas merupakan asas dalam memulihkan hubungan Jepun dengan negara-negara jiran di Asia. China mementingkan hubungan dengan Jepun dan bersedia untuk berganding bahu dengan Jepun demi mengukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.

Sehubungan dengan itu, China sentiasa memegang prinsip membezakan militerisme dengan rakyat biasa, penjenayah perang dengan askar biasa, serta mengamalkan sikap toleransi dalam isu perang.

China berharap agar kedua-dua negara dapat mempelajari sejarah dan sama-sama mencipta masa depan yang lebih stabil dan cerah.

Mantan Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama, Ketua Parti Komei Jepun, Natuo Yamaguti, serta lebih 200 orang wakil telah menyertai majlis jamuan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China