Naib Menteri Kewangan Rusia, Maksim Oreshki, semalam menyatakan bahawa saat yang paling sukar dialami ekonomi Rusia akibat sekatan negara-negara Barat telah berlalu. Kini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Rusia pada bulan Julai telah meningkat 0.1 peratus.
Menurut beliau, peningkatan tersebut ekoran Rusia telah menyesuaikan diri dengan harga minyak pasaran antarabangsa yang rendah, iaitu antara USD50 hingga USD60 setong.
Namun, penurunan harga minyak antarabangsa pusingan baharu dijangka akan menjejaskan pemulihan ekonomi Rusia. Sehubungan dengan itu, ekonomi negara itu mungkin kekal pada peningkatan sifar sehingga penghujung tahun ini.