Cari:
Xi Jinping Ditemui Park Geun-hye
2015-09-02 17:31:40 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye di Beijing hari ini. Pemimpin kedua-dua negara menyanjung tinggi perkembangan hubungan China-Korea Selatan.

Xi Jinping mengalu-alukan kehadiran Park dalam upacara memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Beliau menegaskan, China dan Korea Selatan merupakan jiran yang bersahabat dan kedua-dua negara ini telah memainkan peranan penting demi keamanan dunia. Rakyat kedua-dua negara telah bersatu padu ketika menentang pencerobohan dan memberikan sumbangan besar dalam kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.

Xi berkata, China dan Korea Selatan telah mencapai pelbagai pencapaian yang positif, antaranya termasuklah menandatangani perjanjian perdagangan bebas.

Beliau berkata, China bersedia untuk meningkatkan komunikasi dengan Korea Selatan dalam pelbagai bidang dan mengalu-alukan negara itu menyertai gagasan Satu Jalur dan Satu Laluan (OBAOR) dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Park Geun-hye pula berkata, upacara memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia adalah sangat bermakna.

Beliau berharap dapat terus menggalakkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang dan meningkatkan penyelarasan dalam isu Semenanjung Korea bebas daripada nuklear dan bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan Asia Timur Laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China