Cari:
Perbarisan Tentera Tunjuk Tekad Pertahan Keamanan
2015-09-02 16:15:20 CRI Cetak

Perbarisan tentera akan diadakan di Lapangan Tian'anmen, Beijing pada 3 September ini bersempena dengan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Masyarakat antarabangsa berpendapat bahawa perbarisan besar-besaran ini akan memberikan peluang kepada rakyat China dan dunia untuk bersama-sama memperingati kemenangan Perang Dunia II (WWII), serta mempertahankan hasil kemenangan perang tersebut dan kedamaian dunia bagi mengelakkan tragedi pencerobohan kejam oleh Fasis dan militaris daripada berulang.

Menurut Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, mengenangi sejarah amat penting untuk meneliti iktibar yang perlu diambil, serta bagaimana mempraktikkan pengajaran tersebut untuk mewujudkan masa depan dunia yang lebih cerah.

Mantan Canselor Jerman, Gerhard Schroeder menyatakan bahawa aktiviti memperingati kemenangan WWII amat penting bagi menggalakkan kedamaian dan keselamatan dunia. Seluruh umat manusia perlu mengingati kesengsaraan akibat WWII, menyedari tanggungjawab moral dan politik, serta meneliti sejarah secara ikhlas dan kritis. Hal ini penting bagi setiap negara.

Ketua editor akhbar Harian InHua Indonesia, Bambang Suryono berkata, kini, situasi antarabangsa aman dan stabil pada keseluruhannya berasaskan order antarabangsa pasca WWII. Usaha mempertahankan hasil kemenangan WWII membantu menjamin keamanan berkekalan dunia, selain menyediakan persekitaran luaran yang damai untuk pembangunan ekonomi pelbagai negara. Sedangkan, tindakan pegawai kanan kerajaan Jepun menziarahi Yasukuni Jinja dan menafikan wujudnya "hamba seks" semasa WWII menggambarkan niat negara itu untuk menghidupkan semula militarisme dan meruntuhkan order antarabangsa yang sedia ada.

Penyelidik kanan dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU), Oh Ei Sun pula menyatakan bahawa perbarisan tentera China ini bertujuan memperingati pahlawan yang terkorban dan rakyat yang menderita semasa perang, serta membolehkan dunia ingat akan dosa Fasis dan iktibar daripada perang. Penyertaan pelbagai negara dalam perbarisan tentera ini memperlihatkan tekad masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan kedamaian dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China